Senarai kategori: 

INPUT READONLY (INPUT YANG HANYA BOLEH DIBACA)
Contoh
Cuba anda padamkan perkataan di dalam kotak yang disediakan:

Kotak 1:

Kotak 2:

Skrip
Untuk kotak 1:
Bina satu borang dan namakannya test.
Bina satu kotak input berjenis teks dan namakannya sebagai kotak1.

Gunakan arahan readonly seperti berikut:

<input type=text name=kotak1 readonly>

Kod ini diuji berkesan untuk pelayar Internet Explorer 5.0. Sekiranya anda dapat memadamkan tulisan di dalam kotak 1, ini bermakna pelayar anda tidak menyokong fungsi readonly. 
Untuk kotak 2:
Bina satu borang dan namakannya test.
Bina satu kotak input berjenis teks dan namakannya sebagai kotak2.

Gunakan arahan OnFocus seperti berikut:

<input type=text name=kotak2 onFocus="this.blur()">

Kod ini telah diuji berkesan untuk pelayar Internet Explorer dan Netscape versi 4 ke atas. 
* Terdapat satu lagi cara iaitu menggunakan fungsi disabled. Seperti skrip untuk kotak 1, gantikan readonly dengan disabled.