kategori skrip
:: permainan
:: navigasi
:: semakan input
:: tarikh dan masa
:: lain-lain



komuniti
.. artikel
.. sumbangan
.. sumber rujukan
.. penulis


artikel | menyelesaikan masalah javascript antara netscape dan ie



Bagi anda yang biasa menggunakan javascript di laman anda. besar kemungkinan anda biasa berdepan dengan masalah di mana javascript itu tidak berfungsi dengan baik pada pelayar-pelayar tertentu. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
artikel asal: Netscape Navigator's JavaScript 1.1 vs Microsoft Internet Explorer's JScript oleh Shelley Powers


  • Kodkan untuk satu jenis pelayar sahaja
    Sekiranya anda sudah biasa dengan javascript untuk Internet Explorer, kodkan laman anda menggunakan javascript yang disokong oleh Internet Explorer. Begitu juga dengan sebaliknya. Sebaik-baiknya, letakkan satu petanda di laman anda seperti 'Sesuai dilihat Menggunakan Internet Explorer atau Best Viewed with Internet Explorer'. Cara ini akan memudahkan anda di dalam membuat dan mencari kod-kod javascript yang berkaitan. Walaubagaimanapun, ini akan menghadkan bilangan pengunjung ke laman anda sekiranya pengunjung tersebut tidak menggunakan pelayar yang dikehendaki.

  • Kodkan hanya fungsi yang disokong oleh kedua-dua pelayar
    Beberapa arahan seperti onSubmit dan OnClick disokong oleh kedua-dua pelayar. Gunakan sepenuhnya fungsi-fungsi seperti ini untuk membuat kod di dalam javascript. Cara ini adalah cara yang agak selamat kerana pengguna tidak perlu menukar pelayar untuk menggunakan laman web anda. Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi yang disokong oleh kedua-dua pelayar adalah terhad.

  • Kodkan untuk kedua-dua jenis pelayar di dalam laman yang sama
    Cara ini agak rumit dan memakan masa kerana setiap kod perlu diuji dengan kedua-dua pelayar. Kod akan menjadi lebih panjang dan menyukarkan pembacaan. Walaubagaimanapun, pengguna tidak perlu menukar pelayar untuk menggunakan laman web anda.

  • Hadkan penggunaan javascript
    Tanya diri anda adakah kod javascript perlu dimasukkan ke laman web anda? Adakah cara lain yang boleh digunakan untuk membuat fungsi yang sama? Kod-kod seperti menukar kursor tetikus adakalanya tidak begitu penting kerana ia hanyalah untuk tujuan kelainan dan hiburan. Semakan input untuk borang pula boleh digantikan dengan membuat semakan menggunakan pengaturcaraan 'server-side'.

Gunakan kebijaksanaan anda untuk memilih cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.