Senarai kategori: 

EFEK BUTANG
Contoh
Lalukan kursor tetikus anda ke atas gambar di bawah.

Skrip

Penggunaan
Dengan menggunakan perisian grafik seperti Photoshop, hasilkan dua gambar yang sama saiz dan bentuk tetapi berlainan warna.
Simpan kedua-dua gambar yang anda hasilkan di dalam format gif (boleh juga disimpan di dalam format jpeg.) untuk contoh di atas, gambar pertama disimpan sebagai merah.gif dan gambar kedua disimpan sebagai Putih.gif  
Salin skrip di atas (klik pilih semua, klik kanan pada skrip dan pilih Copy) dan tampalkan di bawah <body> kod html anda.
Sintaks bagi kod yang diberikan adalah seperti berikut:
<a href= "[alamat URL]" onMouseOver= "if (document.images) document.sampel.src= '[gambar kedua]';" onMouseOut= "if (document.images) document.sampel.src= '[gambar pertama]';"><img src= "[gambar pertama]" name="sampel" border=0></a>
Untuk contoh di atas, kedua-dua gambar disimpan di dalam folder Gambar. Oleh itu, gambar pertama dinyatakan sebagai Gambar/merah.gif manakala gambar kedua dinyatakan sebagai Gambar/Putih.gif.  
* Sekiranya anda dapat membiasakan diri dengan kod di atas, cuba hasilkan efek butang seperti di bawah pula. Selamat mencuba.