Make your own free website on Tripod.com

kategori skrip
:: permainan
:: navigasi
:: semakan input
:: tarikh dan masa
:: lain-lain



komuniti
.. artikel
.. sumbangan
.. sumber rujukan
.. penulis


semakan input



Input Wajib
Jangan biarkan pengguna menghantar maklumat yang kosong. Pastikan mereka mengisi semua maklumat di dalam borang atas-talian(online form) anda.

Semak Input Tarikh
Format tarikh yang diterima umum di Malaysia ialah dd/mm/yyyy. Bagaimana pengguna tahu tarikh yang dimasukkan adalah di dalam format yang betul?

Semak Input Nombor
Di dalam sesetengah borang atas-talian(online form), terdapat kotak input yang dikhaskan untuk memasukkan input berjenis nombor sahaja. Bagaimana untuk mengelakkan pengguna memasukkan input dalam jenis yang lain?

Semak Input Perpuluhan
Secara umumnya, angka-angka dinyatakan di dalam dua titik perpuluhan. Contohnya untuk nilai matawang. Biasanya pengguna tidak berbuat demikian. Hanya angka di depan atau titik operpuluhan yang pertama sahaja yang dinyatakan.

Semak Input Matawang
Kita biasa melihat wang dinyatakan dalam format koma dan titik perpuluhan tetapi tidak berapa pasti untuk menaip format matawang yang betul ketika mengisi borang atas-talian(online form).

Semak Input Kad Pengenalan Baru
Kad pengenalan baru mengandungi 12 angka tidak termasuk tanda sengkang(-). Semak samaada kad pengenalan yang dimasukkan pengguna adalah kad pengenalan baru yang sah atau tidak.

Input Readonly
Ada sesetengah input yang memerlukan ianya dipapar sahaja tanpa membenarkan sebarang pengubahan oleh pengguna. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya seperti meletakkan readonly atau disable pada tag input tetapi ia hanya berfungsi di dalam pelayar(browser) Internet Explorer sahaja. Untuk skrip yang boleh digunakan di dalam Netscape dan Internet Explorer, cuba skrip ini.

Menukar Input Ke Huruf Besar/Kecil
Secara umumnya, fungsi Caps Lock pada papan kekunci(keyboard) akan digunakan apabila hendak menaip dalam huruf besar. Bagaimana untuk menaip huruf besar tanpa menekan kekunci Caps Lock?

Kotak Input Tersembunyi
Pilihan lain-lain biasanya digunakan untuk memasukkan input yang tidak disenaraikan di dalam kotak senarai(listbox). Bagaimanakah untuk mengetahui apakah nilai sebenar bagi pilihan lain-lain ini?

Dua Kotak Senarai
Pilihan pada kotak senarai pertama mempengaruhi pilihan pada kotak senarai kedua. Sesuai untuk memaparkan jenis barangan/pilihan mengikut kategori tertentu.

Menghadkan Input Textarea
Textarea digunakan untuk memasukkan input yang melibatkan bilangan perkataan yang besar. Jika tidak dihadkan, pengguna akan memasukkan seberapa banyak perkataan yang dia mahu. Guna skrip ini untuk mengawal bilangan karakter yang boleh ditaip di dalam textarea.

Menukar Karakter
Tukar karakter kepada karakter lain.

Check Semua Checkbox
Seperti yang anda lihat di perisian emel anda - pilih semua checkbox dengan sekali klik!

Mengesan Karakter yang Tidak Dibenarkan
Cegah sebelum parah! Jangan benarkan pengguna memasukkan karakter yang tidak dibenarkan.

Membandingkan Antara Dua Tarikh
Bolehkah tarikh mula lebih besar dari tarikh tamat? Semak dengan skrip ini.